Resepi Teh 3 Layer



Bahan-bahan (2 gelas)


  • 3 uncang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair
  • Sedikit air
  • Ais


Cara-cara


  • Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  • Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
  • Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  • Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
  • Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat