Resepi Nasi Dagang Terengganu

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:


  • 5 cawan beras siam wangi - amaran: JGN campur beras pulut jika guna beras siam wangi sbb beras ni dah cukup lembut dan wangi
  • 1 biji kelapa - dgn menggunakan air masak jadikan 2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 1 in halia - mayang halus
  • 3/4 sudu besar halba
  • 1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur kedlm santan pekat
  • 3 helai daun pandan - disimpul


Cara membuat:


  • Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus.
  • Letak air kedlm pengukus sehingga mendidih.
  • Masukkan beras kedlm pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 min).
  • Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan kedlm bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
  • Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.
  • Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
  • Kemudian rata dan kemaskan nasi spt gambar ke 2 diatas.
  • Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.