Resepi Mee Sarang Ladna

Resepi Mee Sarang Ladna

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 – 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 – 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 – 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur


Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
  • Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
  • Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
  • Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
  • Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.
  • Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.


Bahan Sarang :
  • Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
  • 2 cawan minyak masak


Caranya :
  • Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. 
  • Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. 
  • Angkat dan masukkan dalam pinggan. 
  • Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. 
  • Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.