Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng

BAHAN POPIA:

  • 150gm sengkuang| dicelur
  • 100gm taugeh| dicelur
  • 50gm lobak merah | dihiris memanjang dan dicelur
  • 30gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kulit popiah


BAHAN SOS:

  • 10 tangkai cili kering| dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih | dicencang halus
  • 1 sudu teh cuka
  • 3 sudu makan gula merah
  • 1 sudu makan gula putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung jagung


CARA MEMASAK:


  • Untuk sos, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga pecah minyak.
  • Selepas itu, masukkan cuka, gula merah, gula putih dan garam secukup rasa.
  • Untuk kepekatan, masukkan tepung jagung dan masak hingga pekat. Ketepikan.
  • Untuk inti pula, campurkan sengkuang, taugeh dan lobak merah yang telah dicelur dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  • Letakkan sos di atas kulit popia dengan rata sebelum letakkan inti di atasnya.
  • Kemudian, letakkan inti dan taburkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar.
  • Gulung dengan kemas.
  • Hidangkan bersama sos dan boleh diletak kacang jika suka dan sedia dinikmati.