Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak versi Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Versi Temerloh

Bahan utama:
  • 1 Ekor Ikan Patin
  • Bahan untuk di kisar:
  • 10 Biji Cili Padi
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • 1 Sudu Besar Tempoyak.


Lain-lain bahan:
  • Daun Kesum Secukupnya
  • 2 Kuntum Bunga Kantan
  • Air
  • Garam Secukup Rasa
  • 5 Biji Limau Nipis
  • 2 Biji Mentimun


Cara cara:
  • Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang baunya.
  • Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  • Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum berserta dengan ikannya sekali. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. 
  • Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  • Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. 
  • Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.


Nota:
  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.
  • utk sekor ikan patin,guna 3 cawan air dan 4 sudu besar tempoyak