Resepi Koktel Buah-Buahan Aiskrim Vanilla

Bahan-bahannya:

  • 2 tin koktel buah-buahan – ambil bersama airnya
  • 1 tin buah longan – ambil bersama airnya
  • 1 mangkuk jeli Nata De Coco (laici dan strawberry)
  • 100 gram buah ceri, jika suka
  • 4 tin susu sejat Marigold
  • ½ tupperware ais-krim perasa vanilla - Kak Noor guna jenama Magnolia
  • Ketulan ais secukupnya


Penyediaannya:

  • Sediakan punch bowl. Masukkan susu sejat diikuti dengan ais-krim vanilla. Biarkan ais krim larut di dalam susu sejat dan kacau rata.
  • Masukkan buah-buahan koktel, diikuti dengan buah longan beserta jusnya, buah ceri, dan jeli Nata De Coco. Kacau rata.
  • Akhir sekali baru masukkan ketulan ais secukupnya dan hidangkan semasa sejuk.