Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ketam segar
  • 1/4 biji nanas
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor


Bahan dikisar:

  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan


Cara menyediakan:

  • Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  • Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan dan nanas. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih. Hidangkan.