Resepi Nasi Beriyani

RESIPI NASI BERIYANI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan-Bahan

  • 4 gelas berasmathi (basuh dan toskan)
  • 4 gelas air
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 botol yogurt
  • 2 bawang merah size serdahana (dihiris)
  • 5 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 besar ibu jari halia (dihiris)
  • Rempah empat sekawan
  • (Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 2 biji tomato
  • 1 kiub ayam Maggi
  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • 4 ketul ayam
  • Cara bagi Nasi Beriyani Ayam Panjang
  • 2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's
  • Minyak dan sedikit planta untuk memasak
  • Garam secukupnya


Cara-cara

  • Laraskan periuk Noxxa ke Stirfry, letakkan minyak dan planta biarkan cair. Dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan. Tumis sehingga garing bawang tu dan bau semerbak.
  • Tambahkan 2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's. Tumis seketika dan masukkan 4 ketul ayam. Agak-agak ayam tu dah masak. Terus masukkan air.
  • Seterusnya, masukkan yogurt, susu cair, masukkan pula sedikit daun ketumbar dan daun pudina. Jangan lupa perisa, masukkan kiub ayam dan juga garam. Serta masukkan beras yang dicuci tadi. Tinggalkan sedikit daun-daun untuk taburkan atas nasi beriyani selepas masak nanti. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dah dipotong tadi.
  • Lepas tu, ambil penutup periuk Noxxa. Tutup elok-elok dan laraskan setting periuk Noxxa ke High Pressure Cooker selama 4 minit.
  • Bunyi je maknanya dah masak. Tutup letrik biarkan seketika dan keluarkan pressure periuk tu. Bukak penutup dan sedia untuk dihidangkan.