Resepi Roti Jala Mudah

Roti Jala Mudah.

Bahan-bahan:

  • 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  • 1biji telur.
  • 75ml air
  • 75ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
  • 3 sudu mentega cair
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit / atau pewarna kuning


Cara Membuat:


  • Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit atau pewarna berseta mentega cair tadi ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.
  • Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
  • Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.