Resepi Nasi Goreng USA

Resepi Nasi Goreng USA

Terbahagi kepada dua bahagian

1.Nasi Goreng
2.Lauk

Bahagian Pertama Nasi goreng

Bahan-bahan
  • Nasi putih satu mangkuk
  • Bawang putih
  • Sayur lobak merah- dipotong kecil macam batang mancis
  • Minyak masak


Cara-cara
  • Masukkan minyak
  • Masukkan bawang putih
  • Masukkan 1 sudu cili boh
  • Masukkan semangkuk nasi
  • Masukkan sayur campur
  • Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram,  kicap masin,  sedikit garam dan serbuk perasa
  • Biasanya masakan thai mengunakan 2 jens kicap..Kicap yang masin berwaran agak jernih dan kicap pekat yang berwarna hitam pekat
  • hanya guna sedikit garam kerana lauk ayam yang akan dimasak nanti juga masin.
  • Gaulkan sehingga masak..


Bahagian Kedua Lauk Ayam
  • Bahan-bahan
  • Ayam
  • minyak masak
  • Cili boh
  • Cile besar merah
  • Bawang putih
  • Bawang Besar
  • Tomato
  • Sedikit daun limau purut


Cara-cara
  • Masukkan minyak
  • Masukkan cili boh
  • Masukkan bawang putih
  • Masukkan ayam- bahagian dada sahaja potong dadu gaul sehinga ayam masak
  • Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram,  kicap masin,  garam, gula dan serbuk perasa
  • Potong bawang besar, cili besar dan tomato
  • masukkan daun limau purut.
  • Gaul sehingga asak


Nota
* Boleh juga ditambah udang/sotong.dalam nasi goreng
*Goreng telur mata kerbau dan letak atas nasi tersebut

Hiasan,
Potong timun, daun bawang dan tomato, dan jangan lupa taburkan sedikit lada sulah dan bawang goreng diatas hidangan tersebut.