Resepi Ayam Bakar Ala Portugis

Resepi Ayam Bakar Ala Portugis

Bahan-bahan (2 orang)


  • 500 g ayam
  • 2 biji lemon – dipotong
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
  • 1 sudu besar oregano flakes
  • 2 sudu kecil sweet paprika
  • 1 sudu kecil cayenne pepper
  • 1 sudu kecil garam


Cara-cara


  • Perah 2-3 potongan lemon dan sapu pada ayam.
  • Campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, paprika, cayenne pepper dan garam. Perap ayam dengan campuran ini selama 5-10 minit.
  • Bakar ayam dan potongan lemon di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 45 minit.
  • Pastikan kulit ayam keperangan dan isi dalamnya masak sebelum dihidangkan.
  • Sos yang terhasil semasa ayam dibakar. Boleh dicurahkan ke atas ayam.