Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi

Resepi BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

Bahan bahan

  • 250gm mentega
  • 175gm gula kastor
  • 100ml putih telur
  • 200gm tepung gandum 
  • 50gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)


Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah
Loyang lidah kucing digris dengan mentega

Cara caranya

  • Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi. 
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
  • Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.