Resepi Pajeri Nenas


Resepi Pajeri Nenas

Bahan-bahan (4-5 orang)

  • 1/2 biji nenas
  • 10 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 1/2 inci lengkuas – dikisar
  • 1/4 inci kunyit hidup – dikisar
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 1 sudu besar rempah masak cap bunga ros
  • 1 sudu besar kerisik
  • 4 cawan santan
  • 1/2 keping gula melaka
  • Garam dan gula


Cara-cara

  • Hiris nenas nipis-nipis. Celur sehingga agak layu dan kemudian toskan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan rempah gulai, rempah masak dan kerisik. Kacau sekata dan biarkan selama 6-7 minit.
  • Masukkan santan dan gula melaka. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan nenas, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pekat.
  • Cara buat kerisikGoreng kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak sehingga keperangan.


  • Tumbuk dalam lesung batu sehingga keluar minyak.