Resepi Mee Goreng Mamak

Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan (4-5 orang)


  • 500g mi kuning
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap
  • 4 biji telur
  • 1 mangkuk taugeh
  • Tauhu goreng
  • Garam
  • Minyak masak


Cara-cara


  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
  • Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
  • Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
  • Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap kalau ada hirisan limau nipis/kasturi dan cili.