Resepi Jus Tembikai Laici

Bahan-bahan


  • 1/2 biji tembikai bersaiz sederhana
  • 1 tin laici
  • Beberapa sudu besar gula – ikut citarasa
  • Beberapa ketul ais


Cara-cara


  • Potong buah tembikai dan kisar bersama-sama gula dan air laici sehingga sebati.
  • Masukkan jus ke dalam jug, masukkan buah laici dan ais.
  • Siap untuk diminum.