Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng

BAHAN POPIA:

  • 150gm sengkuang| dicelur
  • 100gm taugeh| dicelur
  • 50gm lobak merah | dihiris memanjang dan dicelur
  • 30gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kulit popiah


BAHAN SOS:

  • 10 tangkai cili kering| dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih | dicencang halus
  • 1 sudu teh cuka
  • 3 sudu makan gula merah
  • 1 sudu makan gula putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung jagung


CARA MEMASAK:


  • Untuk sos, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga pecah minyak.
  • Selepas itu, masukkan cuka, gula merah, gula putih dan garam secukup rasa.
  • Untuk kepekatan, masukkan tepung jagung dan masak hingga pekat. Ketepikan.
  • Untuk inti pula, campurkan sengkuang, taugeh dan lobak merah yang telah dicelur dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  • Letakkan sos di atas kulit popia dengan rata sebelum letakkan inti di atasnya.
  • Kemudian, letakkan inti dan taburkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar.
  • Gulung dengan kemas.
  • Hidangkan bersama sos dan boleh diletak kacang jika suka dan sedia dinikmati.

Related Posts :

  • Resepi Agar-Agar Pelangi Resepi Agar-Agar Pelangi Bahan bahannya: Sebungkus agar2 bertali (25gm) di bahagi tiga. Bahan A : Ambil 1 bahagian agar2 - dicuci… Read More...
  • Resepi Jemput-Jemput Jagung Resepi Jemput-Jemput Jagung bahan bahannya : 3 cawan isi jagung 3 cawan tepung 1 biji lada merah - di potong kecil 3 biji bawang mera… Read More...
  • Resepi Apam Durian Resepi Apam Durian bahan bahannya: 2 cwn tepung gandum 1 cwn tepung beras 1 cwn gula 2 cwn air 1 peket mauripan 1 cawan isi durian p… Read More...
  • Resepi Kuih Sagu Resepi Kuih Sagu Bahan-bahan (4-5 orang) 1 cawan sagu 2 cawan air 1/2 cawan gula Kelapa parut dan sedikit garam – digaul Sedikit pewa… Read More...
  • Resepi Puteri Ayu Resepi Puteri Ayu Bahan A: 1 biji kelapa parut putih sedikit garam 1 sudu besar tepung sagu/ubi Bahan B: 3 cwn tepung gandum(aya… Read More...