Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak versi Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Versi Temerloh

Bahan utama:
  • 1 Ekor Ikan Patin
  • Bahan untuk di kisar:
  • 10 Biji Cili Padi
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • 1 Sudu Besar Tempoyak.


Lain-lain bahan:
  • Daun Kesum Secukupnya
  • 2 Kuntum Bunga Kantan
  • Air
  • Garam Secukup Rasa
  • 5 Biji Limau Nipis
  • 2 Biji Mentimun


Cara cara:
  • Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang baunya.
  • Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  • Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum berserta dengan ikannya sekali. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. 
  • Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  • Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. 
  • Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.


Nota:
  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.
  • utk sekor ikan patin,guna 3 cawan air dan 4 sudu besar tempoyak

Related Posts :

  • Resepi Ayam Bakar Ala Portugis Resepi Ayam Bakar Ala Portugis Bahan-bahan (2 orang) 500 g ayam 2 biji lemon – dipotong 2 ulas bawang putih – dicincang halus 1 sudu… Read More...
  • Resepi Kerang Rebus Resepi Kerang Rebus Bahan-Bahannya Kerang secukupnya 4 biji bawang merah, dihiris 3 ulas bawang putih, dihiris 3/4 cawan air Garam s… Read More...
  • Resepi Rendang Ayam Resepi Rendang Ayam Bahan-bahan (5-6 orang) 5-6 ketul ayam 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas … Read More...
  • Resepi Kerabu SotongResepi Kerabu Sotong Bahan - Bahan : 1/2 kg sotong (potong bulat) 1 labu bawang besar - dihiris nipis 2 biji tomato - dipotong kecil… Read More...
  • Resepi Kerabu Seafood Resepi Kerabu Seafood Bahan-bahan (1 pinggan) 300g seafood (sotong, udang, kupang, kerang) 1 biji tomato – dibuang biji dan dipotong… Read More...